Saturday, November 26, 2011

Syahid Atau Menang

bermula titipan warna di kain putih

menjadikan keindahan kehidupan

kesucian tidak terhakis

keimanan menjadi pemisah



kerana kelalaian tersungkur

rebah di sisi iblis durjana

di umpan hiasan dunia

hanyut daku kelembah hina



daku lemas dalam bisikan syaitan

aku berdiri dlm kekalutan

hilang arah tuju serta panduan

syaitan gembira atas kesesatan



hidayahMU memberi sinar baru

daku bangun melawan keinginan

syahid atau menang itu matlamat ku

biarlah janjiMU menjadi panduan



ada hikmah disebalik yg berlaku

ENGKAU MAHA mengetahui akn sesuatu

daku berserah sujud menghadapMU

kerana rasulMU panduan ku

kalam MU titian

menuju redha MU



syahid ku kerana MU

menang ku kerana agama MU